![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwVdR-uFjOo0UiyhdiEyVqPmQM7TFWzCWZPm3Ib5qGKRaoagVVLCJkn42hgF4J0jGfsQFTVjbAxr4_Pmbn5xL6zenIS4x_u53ujFDyKTPxOXJPUTqqZ1iy3iSuGrulVV0Us2LDa7m4oTJQ/s320/keli.jpg)
Salam 'alaik semua...
Kenal ikan keli? Keli adalah sejenis ikan yang hidup di air tawar. Keli mudah dikenali karena tubuhnya yang licin, agak pipih memanjang, serta memiliki "kumis" yang panjang, yang tumbuh dari sekitar bahagian mulutnya.Sebab tu la gaknye orang putih panggil Catfish. Macam cat?
hehehe...
Keli dijumpai hidup sama ada dalam sungai yang perlahan alirannya, tasik, sawah, rawa atau telaga. Keli juga boleh hidup dalam air yang keruh. Keli bersifat nokturnal iaitu bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan. Keli sangat mudah membiak dan di Malaysia, penternakan ikan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan ekoran permintaan yang tinggi dari pengusaha makanan dan juga pihak-pihak yang menjalankan kajian.
Dalam anda semua sedap meratah ikan keli gorang, bakar, masak lemak, sambal belada dan sebagainya, anda tahu bagaimana nak siang ikan keli ni?
Ha...jangan kata tahu makan je, mengolah tak tahu..Sebelum menyiang, anda harus buang dahulu PATIL ikan keli ni..Patil?ape tu?patil ni kalau orang tua kata macam sengat bagi ikan keli. Macam anda lihat dalam gambar, patil terletak di pangkal sirip sisi dan atas keli. Kalau bapa saya yang menyiang, patil keli dibuang menggunakan playar..Nampak macam ganas?Kalau anda nak tahu keli lagi ganas, sekali terkena tusukan patil, kawasan tu akan membengkak, berdenyut-denyut dan memakan masa berhari-hari untuk sembuh.
Sesetengah orang apabila menyiang keli mereka selalu terlupa satu bahagian di tepi kepala yang bersambung dengan badan keli. Kat situ sebenarnya ada seketul (sebelah, maknanya ada dua ketul kanan dan kiri) darah yang menyebabkan ikan keli ni berbau hanyir. Cuba anda perhati kat kedai-kedai makan, oleh kerana bilangan keli yang banyak kadangkala mereka tak periksa pun bahagian ini. Nak kata fakta tak tahulah benar atau tidak, semua ni saya dapat dari ibu saya yang memang tugasnya menjadi tukang masak di kenduri-kenduri di kampung atau tempahan katering.
Satu lagi cara untuk hilangkan hanyir dan juga kurangkan lendir adalah dengan melumurkan perahan limau kasturi pada ikan keli yang anda semua sudah siang tadi. InsyaAllah, hanyir pasti dapat dikurangkan, ikan keli yang dimasak juga menjadi lebih sedap.