Thursday, April 2, 2009

Menyiang Ikan Keli


Salam 'alaik semua...

Kenal ikan keli?
Keli adalah sejenis ikan yang hidup di air tawar. Keli mudah dikenali karena tubuhnya yang licin, agak pipih memanjang, serta memiliki "kumis" yang panjang, yang tumbuh dari sekitar bahagian mulutnya.Sebab tu la gaknye orang putih panggil Catfish. Macam cat?
hehehe...



Keli dijumpai hidup sama ada dalam sungai yang perlahan alirannya, tasik, sawah, rawa atau telaga. Keli juga boleh hidup dalam air yang keruh. Keli bersifat nokturnal iaitu bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan. Keli sangat mudah membiak dan di Malaysia, penternakan ikan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan ekoran permintaan yang tinggi dari pengusaha makanan dan juga pihak-pihak yang menjalankan kajian.

Dalam anda semua sedap meratah ikan keli gorang, bakar, masak lemak, sambal belada dan sebagainya, anda tahu bagaimana nak siang ikan keli ni?

Ha...jangan kata tahu makan je, mengolah tak tahu..Sebelum menyiang, anda harus buang dahulu PATIL ikan keli ni..Patil?ape tu?patil ni kalau orang tua kata macam sengat bagi ikan keli. Macam anda lihat dalam gambar, patil terletak di pangkal sirip sisi dan atas keli. Kalau bapa saya yang menyiang, patil keli dibuang menggunakan playar..Nampak macam ganas?Kalau anda nak tahu keli lagi ganas, sekali terkena tusukan patil, kawasan tu akan membengkak, berdenyut-denyut dan memakan masa berhari-hari untuk sembuh.

Sesetengah orang apabila menyiang keli mereka selalu terlupa satu bahagian di tepi kepala yang bersambung dengan badan keli. Kat situ sebenarnya ada seketul (sebelah, maknanya ada dua ketul kanan dan kiri) darah yang menyebabkan ikan keli ni berbau hanyir. Cuba anda perhati kat kedai-kedai makan, oleh kerana bilangan keli yang banyak kadangkala mereka tak periksa pun bahagian ini. Nak kata fakta tak tahulah benar atau tidak, semua ni saya dapat dari ibu saya yang memang tugasnya menjadi tukang masak di kenduri-kenduri di kampung atau tempahan katering.

Satu lagi cara untuk hilangkan hanyir dan juga kurangkan lendir adalah dengan melumurkan perahan limau kasturi pada ikan keli yang anda semua sudah siang tadi. InsyaAllah, hanyir pasti dapat dikurangkan, ikan keli yang dimasak juga menjadi lebih sedap.

Wednesday, March 18, 2009

When sumthing gonna happens


Ada bela puyu @ apa2 ikan kat rumah?
Teruskan usaha korang kerana ada baiknya.

Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Ikan kat umah aku cume puyu sebab paling senang nak jaga.
Puyu ni senang nak dapat dari mane2, parit depan umah pun boleh.
Masih ingat lagi tak kejadian Acheh dilanda tsunami, Kuala Muda Kedah pon dapat tempias sekali? Ini la yang aku nak story jap lagi.

Rumah orang tua ku kat Tanjong Karang, Selangor.
Walaupun kat situ tak dilanda Tsunami, tapi sebenarnya, kami dapat rasa gegarannya.
Sebelum gegaran tu, ikan puyu kat dalam akuarium asek melompat2, berenang dengan tak tentu hala sampai air kat akuarium tu berkocak.
Aku yang tengok ni pelik jugak dan tertanya2 "pehal ikan ni?sakit ke?"

Tak sampai beberapa minit pastu, aku (mase tu duduk memeluk lutut depan tv) tibe2 terbuai2 ke kanan kiri. Aku tengok air dalam akuarium dah berkocak2, walaupun dalam keadaan terhuyung hayang, aku gagahkan diri berjalan ke pintu depan dan nak tau ape yang aku nampak? Pokok kelapa tepi, depan rumah bergoncang dengan kuat, aku terpaksa berpegang pada pintu sebab takut jatuh. Aku menjerit panggil bapak aku yang sibuk tengok ayam kat reban belakang umah (mase tu anjing liar banyak, anjing2 ni suke ngap ayam2 tu). Bapak aku terus ke depan n suh aku masuk umah. Kitorang duk diam2 sampaila gegaran tu tak terasa lagi.

Perhhh...Ini baru gegaran, aku dah cuak. Macamane keadaan orang yang dilanda Tsunami tu. Mase tu datang keinsafan dalam diri, aku bersyukur kerana Allah bagi peluang kat aku teruskan kehidupan macam biasa. Ikan puyu kat rumah sebenarnya dah bagi tau sesuatu akan berlaku, cume kami je tak berapa faham masa tu. Terima kasih kat ikan kami sebab dah ajar sesuatu. Aku yang memang suka kat ikan makin sayang kat ikan2 ni (termasukla suka makan sekali heheheh).

Tuesday, March 10, 2009

Anatomy of Fish


A typical fish is torpedo-shaped, with a head containing a brain and sensory organs, a trunk with a muscular wall surrounding a cavity containing the internal organs, and a muscular post-anal tail. Most fish propel themselves through the water by weaving movements of their bodies and control their direction by means of the fins. All have skins covered with slimy glandular secretions that decrease friction with the water. In addition, nearly all have scales, which together with the secretions form a nearly waterproof coating. All fishes have a lateral line system of sensory organs for detecting pressure changes in the water.

All fishes have water-breathing organs called gills located in passages leading from the throat, or pharynx, to the exterior; a few fishes also have air-breathing lungs as an additional means of respiration. In all but the most primitive class, the gill passages are supported by skeletal structures called gill arches. Plankton-feeding fish have structures called gill rakers attached to the gill arches; these strain minute organisms from the water as it passes out of the pharynx. Fish breathe by taking water into the mouth and forcing it out through the gill passages; as the water passes over the thin-walled gills, dissolved oxygen diffuses into the gill capillaries and carbon dioxide diffuses out. The circulatory system is closed, and the heart is two-chambered; the blood is red. With few exceptions, fish are cold-blooded; that is, they cannot regulate their body temperature, which is the same as that of the environment.

-http://njscuba.net-


  • Any of numerous cold-blooded aquatic vertebrates of the superclass Pisces, characteristically having fins, gills, and a streamlined body and including specifically

  • Any of the class Osteichthyes, having a bony skeleton.

  • Any of the class Chondrichthyes, having a cartilaginous skeleton and including the sharks, rays, and skates.

  • Most important: The flesh of such animals used as FOOD!! Yummy!!!!!!!!!!!!